Rabu, 3 Ogos 2016

Seketika di Pantai Batu Hitam

Cantik kan??? Baru2 ni aku ke Pantai Batu Hitam, bawa mak n abah. Keadaan pantai waktu tu sangat bersih dan cantik. Aku terus ambil peluang untuk ambil beberapa keping gambar pemandangan di situ.
Dapat luangkan masa seketika bersama mak n abah untuk menikmati angin petang pantai. I'm so happy!(^-^)
P/s rojak ayam kat situ sedap..hehe

Khamis, 23 Jun 2016

Senja



Gambar2 ni aku ambil kat koridor ruang dapur. Pemandangan matahari terbenam dan senja kat situ mmg menarik. Gambar yang ke-3 tu siap kawan minta nk simpan. (^-^)》

Yang kat bawah ni kolaj gambar tahun lepas. Lokasi tetap  snap dr luar dapur..hehe..(^-^")》




Selasa, 14 Jun 2016

Matahari, Sun,Taeyang a.k.a mentol besar!

 Ya. Aku memang suka ambil gambar matahari sebagai subjek utama. Mentol besar yg tergantung di langit. Okay, itu panggilan aku pada matahari tu a.k.a my own word to describe what i see or thought about the sun.hehe..
 Terutama di awal pagi dan di lewat petang, cahaya redup menawan pandangan.
 Siapa yang tidak terbuai oleh keindahan.
 Tapi, awan yang turut menghias sekitar tetap juga mencuri perhatian. Ermmm.. untuk gambar ni..aku nampak swan..haha..(^-^)
 Lukisan hidup kurniaan Sang Pencipta.
Tempat yang aku suka tengok matahari. Pagi2 sebelum mulakan kerja. Yippie..

Isnin, 13 Jun 2016

Taman Gelora

 Jom, kita pusing-pusing Taman Gelora!
Taman Gelora di Kuantan. Bagi aku tempat yang menarik untuk beriadah dan sudah tentu untuk ambil gambar pemandangan. Nampak tenang kan.(^ -^")》
 Kadang-kadang tempat ni nampak macam dunia fantasi pn ye.. hmm..imaginasi aku je yg lebih ni.
 But honestly, aku memang sangat tertarik dengan tempat yg damai penuh dengan pokok. Tenang untuk berfikir.
 Walaupun pengunjung yang datang beriadah di sini agak ramai lebih-lebih lagi ketika hari cuti, tapi persinggahan di sini tetap mendamaikan. Fikiran tetap lapang. Erkkk.. efek bersukan pn ye ni..haha.
 Teratai kau bunga indah...(^-^)
Pantulan atau realiti. Pandangan mata atau mata hati..

Ahad, 12 Jun 2016

Pulau Tioman Biru Mendamaikan

Antara gambar2 yg aku rakam semasa di Pulau Tioman. Biru yang mendamaikan. 
 Pemandangan semasa matahari terbenam. Tetap nampak sejuk dan tenang.
Kawan snap gambar masa aku tengah tolong ambilkan gambar kumpulan budak2 ni. I love this candid photo!
Kawan yang turut sama dlm percutian ni. I Love You!

Rabu, 8 Jun 2016

Pemandangan Biru di Pulau Perhentian.


Antara gambar pemandangan yang aku ambil semasa bercuti di Pulau Perhentian bersama kawan-kawan dan keluarga kakak.

Tangga untuk naik ke tempat kincir angin.

Catatan pertama

Awan Langit Biru!

Masa kali pertama aku terpikir untuk buat blog ialah untuk kongsi hobi aku yg suka pada awan, langit dan warna biru.

Sebenarnya aku suka ambil gambar pemandangan, tp perkara yg selalu buat aku tersenyum dan mengingatkn kepada kebesaran yang Maha Pencipta ialah keindahan yang tak dapat aku ungkap tiap kali aku memandang ke langit.

Corak awan yg sentiasa bertukar bagaikan aku memandang lukisan pada kanvas yg sangat besar. Cerita yang pelbagai.

Permulaan blog ini hanyalah coretan biasa untuk aku kongsikan gambar2 pemandangan yg aku ambil.

Awanlangitbiru.